script type="text/javascript"> //
Tutorial Here
Bisikan: Jun 2009

Ahad, 14 Jun 2009

pengorbadanan seorang guru





Setiap tahun.. saban tahun.. bulan Januari adalah bulan yang paling sibuk sekali bagi para guru dan pendidik di sekolah. Setelah selesai mesyuarat guru atau mesyuarat persediaan sebelum buka sesi persekolahan 2009 pada hujung tahun 2008, datang pula jemputan mesyuarat itu dan ini, ke sana ke mari, di dalam atau di luar sekolah.
Ini adalah mesyuarat-mesyuarat yang saya kena hadiri dari hari pertama buka sekolah sehingga akhir bulan ini:



1- Mesyuarat pengurusan Kali Pertama pertama merentas desa peringkat daerah-


2.Mesyuarat Guru (Ko-Kurikulum)


3- Mesyuarat Guru (Hal Ehwal Murid)


4- Mesyuarat guru Pentadbiran


5- Mesyurat pengurusan merentas desa kali kedua peringkat daerah


4- Mesyuarat/Perjumpaan Rumah Sukan Kali Pertama


5- Mesyuarat/Perjumpaan Kelab dan Persatuan Kali Pertama


6- Mesyuarat/Perjumpaan Unit Beruniform Kali Pertama7- Mesyuarat j-QAF Daerah Kali Pertama8- Mesyuarat Panitia Bahasa Arab Daerah Kali Pertama9- Mesyuarat Pengakap Daerah Kali Pertama10- Mesyuarat Guru Kali Kedua11- Mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah Kali Pertama12- Mesyuarat Agong PIBG
Memang sibuk seorang guru kan? Itu belum campur dengan sibuk kutip yuran, sibuk mengajar, sibuk kemas/ceria bilik kelas/bilik khas/bangunan, sibuk uruskan aktiviti/program sekolah, sibuk jaga perangai anak orang, sibuk melatih sukan petang, sibuk buat kerja sekolah di rumah, sibuk bla.. bla.. bla..
Sebab itu, lain kali jangan senang-senang je tuduh atau gelar guru-guru kita ini adalah GURU 25HB! Oh ya, tahu tak kenapa sebahagian guru-guru kita hendak segera pulang bila bunyi loceng terakhir? Sebab mereka dah penat dan perlukan rehat supaya dapat menyambung kerja sekolah di rumah pada malamnya! Kalau tak pernah rasa mengajar di sekolah, lebih baik fikir dulu sebelum komen. Memang hanya guru yang kenal guru.
Juga sebab itu, ada guru yang hanya beberapa tahun sahaja bertahan di sekolah, kemudian bertukar kerja di pejabat, sama ada peringkat daerah, negeri atau pusat. Lagi dengan sebab itu, saya lebih hormat, respek dan tabik spring pada guru-guru senior yang berada di sekolah dari mula lapor diri sampai pencen!