script type="text/javascript"> //
Tutorial Here
Bisikan

Selasa, 6 Disember 2011

Koleksi Video Menyentuh Perasaan dan zikir-zikir

Untuk anak-anak murid dan kawan seperjuagan...






Ahad, 23 Oktober 2011

Pendidikan Kesihatan - Amalan Gaya Hidup Yang Sihat

Amalan Cara Hidup Sihat Ke Arah Keluarga Sihat Dan Sejahtera

Apa Itu Kesihatan Reproduktif?
· Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan proses, fungsi dan sistem reproduktif.
· Ia merangkumi keupayaan untuk menjalin kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat serta bebas membuat pilihan yang bertanggungjawab.

Apa Itu Kesihatan Seksual?

· Kesihatan seksual adalah komponen penting dalam kesihatan reproduktif.
· Ia merupakan keupayaan lelaki dan wanita melakukan aktiviti seks dengan bertanggungjawab dan selamat sama ada kehamilan diingini atau tidak.
· Sekiranya kehamilan diingini, pasangan perlu bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
Kenapa Kesihatan Reproduktif Penting Bagi Kesejahteraan Keluarga?
· Keluarga merupakan unit asas produktif dan reproduktif dalam masyarakat.
· Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilakan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik.
· Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan reproduktif yang khusus dan sekiranya difahami ia akan mengukuhkan kesejahteraan keluarga

Peranan Dan Tanggungjawab Ahli Keluarga
Peranan Suami Isteri
· Kebahagiaan perkahwinan dan perhubungan antara suami isteri adalah berasaskan kepada sikap jujur, romantis dan kesediaan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
· Nyatakan perasaan dan kemahuan secara jujur dan terbuka khususnya dalam perhubungan seksual.
· Setiap pasangan harus berbincang dan merancang bilangan, masa dan jarak kehamilan berdasarkan kemampuan mereka.
· Menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi muda.
· Dapatkan bantuan professional sekiranya perlu.

Peranan dan Tangungjawab Ibu Bapa

· Menjalin perhubungan yang mesra dan memupuk nilai-nilai murni dan harga diri anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
· Bersedia mendengar dan membimbing anak-anak dalam hal-hal kesihatan reproduktif.
· Melindungi anak-anak daripada penderaan seks.
· Mendidik anak mengenali sentuhan baik dan buruk dan melaporkan sebarang pencabulan.
· Mengesan tingkahlaku dan gejala luar biasa dan mengambil tindakan sewajarnya.
· Mengajar batasan dalam pergaulan.

Peranan Keluarga

· Setiap ahli keluarga fungsi dan tanggungjawab dalam membina kesejahteraan keluarga.
· Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menyalurkan nilai-nilai positif kepada generasi muda.
· Memenuhi dan menyediakan keperluan asas setiap ahli keluarga termasuk perlindungan dan kasih sayang.
· Mempertahankan dan menggalakkan amalan tingkahlaku seksual yang sihat.
· Setiap ahli keluarga perlu mempertingkatkan pengetahuan mengenai hal-hal kesihatan reproduktif bagi membolehkan diri membuat keputusan dan tindakan yang bijak.
· Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat adalah keluarga yang sejahtera.

Kitaran Reproduktif

Bayi dan Anak

· Setiap anak dilahirkan dengan ketetapan genetik jantina. Walaupun sistem reproduktif cukup sifatnya tetapi masih belum matang untuk berfungsi sepenuhnya.
· Bayi baru lahir perlu melalui pemeriksaan klinikal untuk memastikan tahap kenormalannya. Pemeriksaan ini juga akan meliputi pemeriksaan pada organ seks mereka.

· Kelainan fizikal yang memerlukan rawatan awal :
- di kalangan bayi lelaki adalah seperti hypospadia, hydrocele, underscended testis, inguinal hernia
- di kalangan bayi perempuan seperti imperforate vagina

Peringkat Remaja

· Pada peringkat baligh, organ reproduktid menjadi matang. Perubahan lain yang berlaku serentak termasuk pertumbuhan mendadak mengikut jantina. Perubahan ini dikawal oleh hormon seks.
· Remaja perempuan – ovari akan mengeluarkan progesteron dan estrogen, ini mengakibatkan pertumbuhan payudara dan bentuk badan akan berubah. Remaja akan mulai menghasilkan ovum dan kitaran haid.
· Remaja lelaki – testis akan mengeluarkan hormon seks testosteron. Hormon ini membuat lelaki tumbuh bulu pada bahagian muka dan bahagian lain pada badan, suara mulai garau, menggalak pembinaan otot dan mulai menghasilkan sprema.
Peringkat remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa

Perubahan Fizikal Semasa Balig

Remaja Lelaki

· Suara mejadi garau
· Misai dan janggut mula tumbuh
· Bahu dan dada menjadi bidang
· Jerawat mula tumbuh
· Mengalami mimpi yang mengghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman ini menunjukkan anda telah akil baligh
· Zakar dan buah zakar mula membesar

Remaja Perempuan


· Buah dada (payudara) mula membesar
· Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari
· Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan
· Jerawat mula tumbuh
· Mula didatangi haid
· Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang

Persediaan Untuk Berumahtangga

· Ibu bapa perlu panduan kepada anak-anak agar bijak memilih teman hidup yang sesuai.
· Perkahwinan mengukuhkan perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Ia bukan sekadar penyatuan secara sah tetapi juga melibatkan penerimaan tanggungjawab atas kebahagian bersama.
· Suami isteri hendaklah menyesuaikan diri dan saling bertolak ansur dalam menangani segala tanggungjawab dan cabaran yang sering timbul agar rumahtangga bahagia dan harmoni.
· Persediaan perkahwinan termasuk :
- Memahami fungsi organ seks
- Pastikan diri dan pasangan sihat dan bebas dari penyakit
- Mengetahui perlaku seks yang selamat
- Perancang keluarga

Persediaan Untuk Menimang Cahaya Mata

· Setiap kehamilan perlu dirancang dan merupakan kehendak bersama.
· Pasangan perlu memahami perubahan fizikal dan emosi yang akan terjadi semasa kehamilan.
· Bakal ibu perlu berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optima sebelum menghadapi kehamilan.
· Ini termasuk :

- Pemakanan sihat
- Senaman
- Menghentikan tabiat buruk seperti merokok, minum arak, mengambil dadah
- Memahami proses kehamilan, kelahiran dan kepentingan penyusuan susu ibu
· Suami perlu bersddia menghadapi tanggungjawab sebagai bapa, antaranya :
- Hentikan tabiat buruk seperti merokok, minum arak, mengambil dadah
- Peka kepada perubahan emosi dan fizikal isteri yang hamil
- Mengikut perkembangan kehamilan bersama isteri
- Menggalakkan isteri mendapatkan pemeriksaan antenatal awal dan berkala
- Merancang kelahiran yang selamat
- Membuat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi

Pembentukan Keluarga Bahagia

· Kebahagian keluarga akan tercapai sekiranya keluarga itu dirancang kerana kebahagiaan keluarga bergantung kepada kesejahteraan semua ahlinya.
· Elemen-elemen keluarga bahagia :
- Kasih sayang dan persefahaman
- Perlindungan fizikal, mental dan emosi
- Pengasuhan, pendidikan dan bimbangan
- Keadilan
- Kestabilan ekonomi rumahtangga
- Penjagaan kesihatan setiap ahli keluarga

Keluarga Terancang

Elemen-elemen keluaarga terancang
· Menentukan bilangan anak yang diingini berdasarkan keupayaan fizikal, sosial dan kemampuan ekonomi
· Menjarakkan kelahiran bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan ibu, anak dan keluarga
· Memastikan ibu mempunyai masa untuk penyusuan susu ibu
· Suami perlu menyokong secara aktif kaedah perancang keluarga yang dipersetujui bersama

- Tidak terlalu awal
- Tidak terlalu lewat
- Tidak terlalu rapat

Persediaan Menghadapi Klimakterik

Setiap orang akan menghadapi fasa klimakterik bila mana seseorang itu melalui perubbahan dari peringkat reproduktif keoada peringkat tidak reproduktif. Keadaan ini lebih ketara di kalangan wanita.
Klimakterik di kalangan wanita adalah :
· Menopos (putus haid)
· Perubahan emosi dan seksual
· Peningkatan penyakit seperti osteopotosis, penyakit jantung dan mudah mendapat infeksi
Tanda-tanda awal menopos adalah :
· Perasaan panas
· Kekeringan faraj
· Berpeluh malam
· Keletihan
· Insomnia (kesukaran tidur)
Klimakterik Di Kalangan Lelaki (Kekurangan Separa Androgen Lelaki Berumur)
Tahap testosteron menurun dengan peningkatan umur dan membawa kepada gejala-gejala berikut :
· Kurang daya dan minat seks
· Kurang keyakinan diri
· Kurang daya tumpuan
· Kemurungan
· Rasa mudah tersinggung
· Insomnia
· Kegelisahan
· Perasaan panas
· Sakit tulang dan sendi
· Kelenturan kulit
Mengamalkan cara hidup sihat mungkin mengurangakan masalah gejala klimakterik
Gejala klimakterik boleh dikurangkan dengan :
· Amalan pemakanan yang sihat
· Bersenam dan beriadah
· Berhenti merokok
· Pemeriksaan Sendiri payudara dan menjalani permeriksaan Pap Smear secara berkala (bagi wanita).
· Memenuhi masa lapang dengan aktiviti bersesuaian seperti hobi baru, kerja amal dan menjalankan persahabatan baru.
· Perubahan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herbal, antidepressant dan sebagainya mungin dapat membantu sedikit sebanyak.
· Bagi wanita, Terapi Gantian Hormon (Bormone Replacement Therapy) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota kesihatan terlatih.
Dapatkan bantuan khidmat professional jika gejala klimakterik menjejaskan kehidupan harian anda.

Kegemilangan Hidup Dalam Usia Emas

· Usia tua adalah satu fasa dalam perjalanan hidup. Ianya boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna.
· Anda juga boleh terus menikmati hubungan seksual seperti biasa.



Isu-Isu lain Berkaitan Dengan Kesihatan Reproduktif

1. Seks selamat
· Perhubungan seks hanya dalam konteks perkahwinan.
· Menggunakan kaedah perancang keluarga jika belum bersedia untuk kehamilan.
· Pasangan mesti mendapatkan rawatan awal dan lengkap jika ada jangkitan kelamin.
· Elakkan hubungan seks berisiko.
Tingkahlaku seks berisiko adalah :
· Memulakan aktiviti seks pada usia yang awal.
· Hubungan seks dengan berbilang pasangan.
· Hubungan seks rambang (casual sex).
· Memperdagangkan seks atau pelacuran (commercial sex).
· Pasangan yang membuat hubungan dengan berbilang pasangan seks.
· Hubungan seks luar nikah.

2. Jangkitan Kelamin – (Sexually Transmitted Infection)
· Jenis-jenis jangkitan kelamin
- Chlamydia
- Trichomoniasis
- Sifilis
- Gonorrhoea
- HIV (Human Immunodeficiency Virus)
- HPV (Human Papilloma Virus)
- Hepatitis B
- Herpes

· Implikasi kesihatan
- Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem peranakan dan seterusnya menyebabkan kemandulan
- Penyakit AIDS adalah akibat dariapda jangkitan HIV
- Jangkitan STI yang lain seperti sifilis meningkatkan kemungkinan transmisi HIV/AIDS
· Kesan kepada janin
- Kematian dalam kandungan
- Kelahiran tidak cukup bulan
- Perkembangan janin tidak normal
- Jangkitan kelamin boleh menjangkiti janin dan menyebabkan penyakit apabila bayi itu dilahirkan
· Pencegahan
- Meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan reproduktif
- Mengamalkan seks selamat
3. Penderaan Seks
· Perhubungan seks tanpa persetujuan
· Hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur 18 tahun (walaupun dengan persetujuan mereka)
· Selalunya berkaitan dengan keganasan
· Peristiwa yang traumatik dan memberi kesan mendalam keoada mangsa dan keluarga
· Mangsa mungkin mengalami :
- Masalah seksual
- Mengamalkan tingkahlaku seks berisiko
- Mengalami tekanan emosi

Langkah pencegahan

· Keluarga adalah tanggungjawab melindungi ahli-ahlinya dari semua jenis penderaan seks
· Pendidikan seks mengikut tahap umur
· Mengetahui batas-batas perhubungan
· Menerapkan nilai-nilai murni dalam perilaku seks
· Mendapatkan rawatan awal

Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani Di Malaysia

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

- Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
- Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
- Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
- Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
- Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
- Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
- Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
- Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti:-
o Permainan masa lapang
o Keperwiraan
o Senaman tradisional


2) ERA PENJAJAHAN

a) Era Kolonial Inggeris Lama)
- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
- 1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.
- 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
- Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
- Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun
- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas.
- Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4) ERA SELEPAS MERDEKA

- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
- Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
- PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
- Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.